|
Khamis(Thursday) April 16, 2009 - K-One Technology Berhad memeterai kerjasama dengan Livescribe Incorparated yang berpangkalan di Amerika Syarikat untuk memajukan dan menghasilkan rangkaian produk pen pintar. K-One akan menghasilkan 100 ribu pen pintar di bawah pengeluaran permulaannya bagi pemasaran seluruh dunia. Ketua pegawai eksekutif Livescribe, Jim Marggraff berkata Pen pintar Livescribe ini dapat merekodkan tulisan tangan dan bunyi audio secara serentak dan menyelaraskannya kepada penulisan. Produk itu telahpun berada di dalam pasaran lebih daripada setengah tahun, dengan harga tempatan RM599 untuk versi memori satu-gigabit dan RM799 untuk versi memori dua-gigabit. Pen pintar tersebut mendapat sambutan menggalakkan di Amerika Syarikat dan penerimaannya telah meningkat di pasaran-pasran lain seperti Asean, termasuk Malaysia, Oceania dan Timur Tengah. Majlis memeterai perjanjian antara K-One dan Livescribe telah disaksikan oleh ketua pegawai eksekutif Multimedia Development Corporation, Datuk Badlisham Ghazali. Pengerusi kumpulan K-One, Edwin Lim Beng Fook, berkata kerjasama itu menandakan kepakaran dan keupayaan syarikat untuk menginovasi dan menghasilkan produk khusus. Niaga janji itu dijangka menyumbang kepada pertumbuhan pendapatan syarikat tahun ini. - source: BERITA24 |



















