Like it? Share it!

Add to: JBookmarks Add to: Facebook Add to: Mr. Wong Add to: Windows Live Add to: Bookmarks.cc Add to: Digg Add to: Del.icoi.us Add to: Reddit Add to: Jumptags Add to: StumbleUpon Add to: Netscape Add to: Yahoo Add to: Technorati


K-One Kerjasama Dengan Livescribe Hasilkan Pen Pintar


Rabu(Wednesday) April 15, 2009 - K-One Technology Bhd hari ini memeterai kerjasama dengan Livescribe Inc yang berpangkalan di AS untuk memajukan dan menghasilkan rangkaian produk pen pintar.

K-One akan menghasilkan 100,000 pen pintar di bawah pengeluaran permulaannya bagi pemasaran seluruh dunia, kata pengasas dan ketua pegawai eksekutif Livescribe, Jim Marggraff di majlis berkenaan.

Pen pintar Livescribe ini dapat merekodkan tulisan tangan dan bunyi audio secara serentak dan menyelaraskannya kepada penulisan.

Produk ini telahpun berada di dalam pasaran lebih daripada setengah tahun, dengan harga tempatan RM599 untuk versi memori satu-gigabit dan RM799 untuk versi memori dua-gigabit.

Pen pintar ini mendapat sambutan menggalakkan di Amerika Syarikat dan penerimaannya telah meningkat di pasaran-pasran lain seperti Asean, termasuk Malaysia, Oceania dan Timur Tengah, demikian menurut Livescribe.

Majlis memeterai perjanjian antara K-One dan Livescribe telah disaksikan oleh ketua pegawai eksekutif Multimedia Development Corporation, Datuk Badlisham Ghazali.

Pengerusi kumpulan K-One Edwin Lim Beng Fook berkata kerjasama itu menandakan kepakaran dan keupayaan syarikat untuk menginovasi dan menghasilkan produk khusus.

Niaga janji itu, kata beliau, dijangka menyumbang kepada pertumbuhan pendapatan syarikat tahun ini.

- source: BERNAMA