Like it? Share it!

Add to: JBookmarks Add to: Facebook Add to: Mr. Wong Add to: Windows Live Add to: Bookmarks.cc Add to: Digg Add to: Del.icoi.us Add to: Reddit Add to: Jumptags Add to: StumbleUpon Add to: Netscape Add to: Yahoo Add to: Technorati


Mega - Pen Pintar Pelbagai Fungsi

 

Khamis April 23, 2009 - PERTAMA kali melihat kehebatan fungsi pen pintar ini pasti akan membuatkan anda teruja untuk memilikinya secara peribadi.

Masakan tidak, keunikan aplikasi yang ditawarkan memberi banyak kemudahan kepada pengguna ketika menjalankan tugas harian tidak kira dalam bidang apa sekali pun.

Di beri nama Pulse, pen pintar tersebut telah dibangunkan oleh sebuah syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) iaitu Livescribe Inc.

Menarik mengenai produk canggih itu, ia boleh merekodkan tulisan tangan secara serentak bersama suara dan rakaman tersebut kemudiannya boleh dimainkan semula untuk rujukan yang lebih jelas.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Livescribe Inc., Jim Marggraff, teknologi ters ebut dibangunkan menerusi idea perkongsian teknologi kertas dan dunia digital.

"Aplikasi yang diketengahkan ini menggabungkan beberapa kemudahan untuk tujuan mendengar, bercakap, menulis dan juga membaca,'' katanya pada majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan syarikat teknologi K-One di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Melalui perjanjian itu, K-One yang merupakan syarikat berstatus Multimedia Super Koridor (MSC) Malaysia akan bekerjasama dengan Livescribe Inc. untuk usaha pembangunan dan pembuatan produk berkenaan di negara ini.

Sementara itu, Pengerusi Kumpulan K-One, Edward Lim Beng Fook berkata, perkongsian kerjasama itu tentunya bakal menawarkan produk yang berkualiti dengan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

Pulse didatangkan bersama buku nota yang mempunyai kertas bintik dikenali sebagai Livescribe Dot Paper bagi membolehkan apa yang ditulis dapat dipaparkan pada skrin komputer menerusi perisian Livescribe Desktop.

Untuk mendengar semula rakaman suara yang telah dibuat pula, pengguna hanya perlu menyentuh mana-mana bahagian teks pada tulisan tangan berkenaan.

Dari segi rekaan, pen tersebut dibangunkan dengan material aluminium berbentuk ergonomik serta mempunyai paparan OLED bersaiz 96x18 milimeter (MM).

Kesemua data yang telah direkodkan itu kemudiannya boleh dikongsi bersama individu lain secara dalam talian menerusi Livescribe Online Community.

Pulse kini boleh diperolehi di pasaran dengan tawaran harga RM599 untuk kapasiti satu gigabait (GB) dan RM799 untuk 2GB.


[+] click on the image to view larger