|
|
Isnin(Monday) Oktober 11, 2010 (Bernama) -- Pembuat "smartpen" yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Livescribe Inc melancarkan produk terkininya dalam negara dikenali sebagai Echo bersama-sama peningkatan perisian untuk profesional perniagaan. Dalam satu kenyataan di sini, syarikat itu berkata Echo berkemampuan merakam apa yang pengguna dengar dan tulis serta boleh menyediakan akses segera kepada maklumat penting dengan hanya memetik nota bertulis. Berharga dari RM799, smartpen itu boleh didapati mulai 18 Okt di outlet jualan produk teknologi maklumat utama seluruh negara. -- BERNAMA - source: BERNAMA |



















